Sejak kebelakangan ini seringkali kita terdengar penyakit yang melibatkan kanak-kanak, iaitu penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD). Di Malaysia, kes ini semakin meningkat dari semasa ke semasa. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga 30 Jun 2018, jumlah kes yang dilaporkan adalah sebanyak 27,296 kes berbanding hanya 21,303 kes pada tempoh yang sama pada tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak 28%.
Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak. Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.
Bilangan kes di 12 buah negeri telah melepasi paras amaran kecuali Johor, Sabah dan Sarawak. Paras amaran adalah purata bilangan kes HFMD untuk lima tahun kebelakangan dan nilainya berbeza-beza mengikut bilangan kes HFMD bagi setiap negeri.
Penyakit HFMD sangat mudah dijangkiti terutamanya kanak-kanak yang berada di premis tempat tumpuan mereka seperti taska, tadika dan taman permainan. Ianya merebak melalui sentuhan secara langsung iaitu melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair lepuh daripada mereka yang dijangkiti. Kebiasaan jangkitan adalah ringan, dan akan mengalami gejala demam yang diikuti ruam melepuh pada tangan, kaki mulut dan lidah. Sakit tekak, sakit kepala, dan juga hilang selera makan. Hampir keseluruh pesakit yang menghidapi HFMD pulih tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga ke 10 hari. Tiada ubat atau vaksin yang boleh mencegah jangkitan penyakit HFMD.
Sehingga kini di seluruh Malaysia, sebanyak 341 buah taska/ tadika/ tabika/ pra-sekolah telah melaporkan kes HFMD di premis mereka. Oleh itu, bagi menghalang sebaran virus ini, KKM menggesa orang ramai khususny pengusaha dan penjaga kanak-kanak untuk lebih berwaspada dalam memastikan kebersihan kawasan, premis terutama peralatan yang digunakan oleh kanak-kanak dengan membersihkan dan menyahkuman meja, kerusi, serta alatan mainan kanak-kanak tersebut.
KKM juga menasihatkan ibu-bapa dan penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan HFMD supaya :
- Meningkatkan kesedaran mengenalpasti tanda-tanda penyakit seperti tanda lepuh pada tangan, kaki dan mulut
- Memastikan anak berada dirumah dan tidak membawa anak ke tempat awam
- Mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh/ merawat lepuh.
Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment